Ismail Izzani cabar video lucahnya dikongsikan - Utusan Malaysia

Ismail Izzani cabar video lucahnya dikongsikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Ismail Izzani mencabar pihak yang mendakwa mempunyai video lucah miripnya untuk tampil dan berkongsi klip video penuh berkenaan kepadanya.

Ismail Izzani Zainal Zaneri, 19, berkata, dia teruja untuk menonton sendiri video yang dikatakan telah tular sejak sebulan lalu.

Tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang, Ismail sebaliknya merasakan tindakan individu berkenaan sebagai lucu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya secara peribadi telah meminta individu berkenaan berkongsi video penuh tersebut kepada saya. Saya sendiri teruja untuk melihat aksi ‘Ismail Izzani’ dalam video itu. Sebab selama ini, saya cuma tahu yang ditularkan hanyalah paparan skrin video berkenaan.

“Sehingga ke hari ini dia tidak membalas permintaan saya. Saya tidak tahu apa niat dia dan merasakan kewujudan video itu sebagai lucu,” katanya ketika ditemui di sesi fotografi duta Kempen Ramadan Rangkaian Media Prima, di sini.

Pelantun lagu Luar Biasa juga menegaskan,  tidak memiliki jam G-Shock seperti yang dipakai lelaki mirip dirinya dalam video berkenaan.

“Saya tidak mempunyai jam itu. Kalau mahu fitnah, buatlah saya berada di hotel bertaraf lima bintang,” tegasnya.

Tambah Ismail, ibunya Datin Suliza Salam hanya tergelak dengan penularan paparam skrin  lelaki tidak berbaju daripada video itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini