TEHRAN 1 April- Pihak berkuasa Iran mengarahkan pemindahan segera penduduk yang tinggal di bandar dekat wilayah utara negara itu susulan banjir kilat yang melanda kawasan tersebut. Banjir didakwa berlaku ekoran limpahan air sungai yang turut mengakibatkan penduduk di kawasan sekitar terputus hubungan. Amaran berjaga-jaga dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk wilayah Lorestan dan lima bandar diisytiharkan kritikal.-AFP










