Institusi TVET 
akan disatukan - Utusan Malaysia

Institusi TVET 
akan disatukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 April – Seluruh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara ini akan disatukan bagi memastikan graduan dilahirkan menepati kehendak dan diiktiraf pihak industri.

MASZLEE MALIK

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, langkah drastik itu adalah untuk mengelak berlakunya masalah sijil tidak diiktiraf pihak industri seperti yang berlaku ke atas kolej vokasional.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, apabila disatukan nanti, kolej vokasional, politeknik, kolej komuniti serta rangkaian universiti teknikal lain boleh berkongsi bahan, kepakaran, alat dan hubungan dengan industri.

Beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan akan melihat semula semua bidang di universiti sama ada perlu dimansuhkan atau ditambah seiring dengan revolusi industri 4.0.

“Justeru, kita akan memastikan (pembelajaran atau sijil) menepati standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) daripada Kementerian Sumber Manusia.

“Ini bagi memastikan pengiktirafan TVET tunggal. Kabinet juga meluluskan supaya setiap institusi TVET melahirkan graduan diiktiraf dan tidak dilambakkan di pasaran tanpa diiktiraf oleh industri,” katanya dalam menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Maszlee memberitahu, penyatuan institusi TVET juga akan memudahkan pihak industri untuk berhubung dengan kementerian, sekali gus memberi pasaran kerja kepada graduan.

“TVET akan menjadi pilihan arus perdana dan bukan lagi alternatif atau kedua selain memastikan graduannya tidak berasa rendah diri atau terpinggir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini