JOHOR BAHRU 6 April – Seorang polis berpangkat Inspektor ditahan sepasukan polis Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung rampasan terbesar dadah jenis syabu seberat 2.06 tan bulan lalu. Inspektor berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan di rumahnya di sini pada pagi semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah tersebut. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut. “Ya benar ada…










