EKORAN penyakit saraf yang dihadapi sejak lebih 40 tahun lalu semakin melarat, Abdul Fatah Ngah, 66, atau lebih dikenali sebagai kartunis Fatah akhirnya terpaksa bergantung pada kerusi roda. Mungkin bagi sesetengah masyarakat mereka tertanya-tanya siapakah gerangan Abdul Fatah yang disebutkan itu. Bagaimanapun, apabila disebut kartun berkisarkan seorang lelaki berjudul Lagak A.Mamud yang mempunyai rambut berjambul, sering mengenakan baju berbunga, berseluar ketat senteng dan menaiki vespa dalam majalah Gila-Gila, sudah pasti…










