JAKARTA 17 April – Keputusan hitung cepat bagi pilihan raya presiden (Pilpres) 2019 daripada Indo Barometer menyaksikan pasangan nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi-Ma’ruf Amin mendahului setakat pukul 4.02 waktu tempatan.
Detik News melaporkan, data masuk ke Indo Barometer melibatkan pengiraan undi sehingga 57.08 peratus.
Ianya menyaksikan daripada jumlah itu, Jokowi-Ma’ruf mendapat 52.92 peratus manakala Prabowo Subianto-Sandiaga Uno (47.08 peratus).
Memuatkan artikel berkaitan…
Hitung cepat merupakan kaedah menghitung peratus hasil pengundian di tempat pemungutan suara (TPS).
Data diperolehi adalah tidak rasmi yang mana keputusan sebenar akan dibuat selepas pengiraan secara manual oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU).











