KUALA LUMPUR – Penyanyi bersuara lantang, Indah Ruhaila melahirkan rasa teruja apabila single terbaharunya yang juga lagu runut bunyi drama Nur 2, Pudar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat. Indah berkata, lagu berentak balada yang diluncurkan pada 29 Mac lalu kini menduduki carta Lagu Top Trending di pelantar digital popular, Joox. “Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam runut bunyi drama Nur edisi pertama. “Tetapi disebabkan masalah kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Ternyata, memang telah tertulis, saya diberi peluang untuk merakamkan lagu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya