KELIHATAN beberapa orang kanak-kanak sedang tekun memasukkan tanah ke dalam botol minuman yang dikosongkan. Sambil tangan kanan mengaut tanah dengan menggunakan sudu yang disediakan, kanak-kanak tadi turut mendengar arahan daripada fasilitator. Sesekali mereka meminta bantuan daripada fasilitator masing-masing bagi memastikan tanaman hidroponik yang dilakukan menjadi. Fasilitator yang terdiri daripada pelajar Asasi Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pula begitu tekun menerangkan langkah-langkah penanaman hidroponik kepada kanak-kanak cilik berkenaan. Seramai 49 orang kanak-kanak…










