PELABUHAN KLANG 12 April – Hasrat kanak-kanak penghidap kanser tahap empat, Azmeer Azaman, 13, untuk menaiki kapal perang tercapai hari ini apabila ia ditunaikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Dia yang meminati serta bercita-cita mahu menjadi tentera dilihat tersenyum dan ceria ketika didukung bapanya, Azaman Moksimon, sebaik sahaja mereka memasuki pusat kawalan kapal hidrografi, KD Perantau. Malah, walaupun dalam serba kepayahan akibat kanser tulang dan kebocoran tulang, Azmeer tetap berusaha…









