KEPADA peminat aktiviti lasak, sandal jenama Teva sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Walaupun hadir dengan reka bentuk yang ringkas, namun kualitinya sangat terjamin serta mempunyai daya tahan untuk apa sahaja aktiviti dan situasi. Sempena Musim Bunga 2019, Teva kembali dengan koleksi reka bentuk baharu yang dikenali sebagai GC100. Koleksi tersebut diperkenalkan sempena ulang tahun ke-100 kewujudan Taman Negara Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat yang merupakan lokasi jenama itu diasaskan.…










