SATU masa dulu, dia tidak boleh membayangkan kehidupannya tanpa cinta. Pasti jiwanya rapuh, hidupnya pasti kosong tidak bermakna tanpa perhatian dan kasih sayang seorang lelaki. Bagaimanapun tanggapannya selama ini berhubung perkara yang satu itu adalah satu kesilapan besar pernah dilakukan. Biarpun sudah dua tahun tanpa komitmen cinta, pelakon Fathia Latiff mampu berdiri teguh tanpa ikatan itu. Kini pelakon Ariana Rose ini mulai sedar yang dia tidak boleh terlalu bersandar kepada…










