Adakah harus digunakan hujah bahawa menutup aurat tidak disebut dalam undang-undang negeri dan perlembagaan maka aurat tidak perlu ditutup? JAWAPAN: Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi dalam negara. Dalam Rukun Negara dinyatakan prinsip Keluhuran Perlembagaan. Namun ia bukan bermaksud bahawa halal untuk Muslim membuka aurat hanya kerana tidak disebut dalam undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan. Contohnya, solat fardu tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Maka adakah harus bagi Muslim untuk tidak solat…









