KUANTAN 15 April – Perbuatan menghina institusi raja sejak kebelakangan ini tidak boleh dipandang mudah dengan tindakan mengikut undang-undang perlu diambil bagi membendungnya. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Sistem itu, titah baginda, meletakkan raja sebagai kuasa tertinggi khususnya dalam hal ehwal agama Islam. “Sesungguhnya penghinaan sebegini tidak…










