KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak 91 laporan polis dibuat terhadap pengendali laman sosial Facebook Sabah-Sarawak Merdeka berhubung hantarannya yang didapati menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini. Ketua Polis Negara, Tan sri Mohamad Fuzi Harun berkata, jumlah laporan diterima tersebut meliputi seluruh negara sehingga semalam. “Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.…










