JERANTUT – Himpunan Perpaduan Ummah Pahang yang akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK 1), Kuantan Jumaat ini bukan untuk memecah belahkan perpaduan kaum. Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, himpunan berkenaan bertujuan memperkukuhkan perpaduan umat dan memartabatkan agama Islam. “Orang bukan Islam jangan salah tafsir mengenai program ini kerana ia tidak bersifat rasis dan khabar angin yang digembar-gemburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah bermotifkan…










