KUALA LUMPUR 16 April – Sebuah lori treler yang membawa muatan bihun dan beras dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 14.1, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), susur masuk ke Plaza Tol Subang dari arah Damansara, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, lori treler terbabit dikatakan mahu mengelak sebuah lori tidak dikenal pasti identitinya yang menghimpit laluannya. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)…










