KOTA BHARU 17 April – Aksi terpuji Kelantan United pada babak pertama dihukum apabila barisan pemain pasukan itu hilang fokus dalam tempoh sepuluh minit separuh masa kedua sehingga membenarkan Terengganu FC 1 (TFC 1) bangkit untuk meraih kemenangan pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini semalam. Pengendalinya, Zahasmi Ismail berkata, ia berpunca daripada perbezaan ‘level’ antara saingan Liga Super dan Liga M3 yang agak…










