Bagaikan dilanda tsunami perasaan, gelombang yang hadir melajukan degupan jantung, bahkan tersayat pilu tatkala di hujung talian suara garau seorang lelaki memberi khabar orang yang kita sayang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu, doa di dalam hati tidak putus-putus dititipkan dan keinginan yang terzahir ketika itu cuma satu, agar dia selamat hendaknya. Ironi, perasaan gundah di hati itu mendadak hilang apabila diberitahu kenderaan yang dipandu sahaja rosak tanpa melibatkan…










