Higuain perlu buktikan kemampuan diri - Sarri - Utusan Malaysia

Higuain perlu buktikan kemampuan diri – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mencabar penyerang pinjaman, Gonzalo Higuain untuk membuktikan kemampuannya sebelum tamat saingan Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Sarri, 60, mengakui Higuain, 31, gagal menampilkan persembahan berkualiti kerana bergelut untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak di England.

Ia terbukti apabila penyerang pinjaman daripada Juventus itu sekadar menyumbat tiga gol daripada 11 penampilannya bersama Chelsea sejak berhijrah ke England pada Janua­ri lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Higuain mengakui sukar untuk bersaing dengan impak fizikal dan terjahan keras daripada pemain-pemain pertahanan di England. Mutu pengadilan di sini juga amat berbeza dengan Itali.

“Dia memerlukan sedikit waktu untuk benar-benar menyesuaikan diri tetapi kami sudah tidak mempunyai masa.

“Saya mahu dia kembali mempamerkan kualitinya dalam tempoh dua bulan bermula sekarang kerana ia amat penting buat Chelsea,” kata Sarri.

Ia bermakna Higuain tiada cara, lain selain menjaringkan gol sekiranya diturunkan menentang Brighton pada aksi EPL di Stadium Stamford Bridge awal pagi esok.

The Blues ketika ini menghuni tangga keenam EPL dengan 60 mata yang menyaksikan peluang mereka untuk menempatkan diri dalam kelompok empat teratas dilihat semakin sukar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini