PUTRAJAYA 5 April – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak menjangkakan akan berlaku situasi ‘bank run’ iaitu pendeposit mengeluarkan simpanan beramai-ramai pada satu masa ekoran pengumuman kadar hibah bagi tahun kewangan berakhir 2018 yang terendah dalam sejarah. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pemantauan yang dilakukan oleh pihaknya setakat ini mendapati kadar pengeluaran oleh penyimpannya adalah normal. Malah menurutnya, meskipun terdapat ura-ura sejak semalam mengatakan bahawa Tabung Haji mungkin akan memberi pulangan yang rendah namun tiada pengeluaran simpanan besar-besaran dilakukan sehingga kini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya