ALOR SETAR 6 April – Pengumuman agihan hibah Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) bagi tahun kewangan 2018 pada kadar 1.25 peratus menunjukkan cerminan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran negara. Malah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, kesan ketidakcekapan PH mentadbir negara turut dialami oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) yang mengalami kerugian berbilion ringgit. Kata beliau, selain itu kesan sama turut dialami…










