Harumanis asli dijual RM100 bagi 3kg di FAMA Melaka - Utusan Malaysia

Harumanis asli dijual RM100 bagi 3kg di FAMA Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Penggemar buah mangga Harumanis berpeluang mendapatkan tawaran harga istimewa sempena jualan di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka sehingga esok.

ORANG ramai yang berminat boleh membuat tempahan segera Harumanis asli dari Perlis dengan menghubungi Anuar di talian 017-669 2919 atau Ariff di 016-608 0257. – UTUSAN ONLINE

FAMA Melaka dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya menjual Harumanis asli dari Perlis pada harga RM100 bagi setiap tiga kilogram bermula dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan segera dengan menghubungi Anuar di talian 017-669 2919 atau Ariff di 016-608 0257.

“Setelah menempah, pelanggan perlu mengambilnya sendiri di Pejabat FAMA Melaka, Lot 73 Jalan Usaha 12, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh di belakang kilang Mamee,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga berharap orang ramai tidak tertipu dengan mangga Harumanis tiruan yang dijual berleluasa ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini