LANGKAWI 13 April – Biarpun misi mencabar gelaran Raja Pecut pada hari terakhir tidak kesampaian, namun Mohd. Hariff Saleh tetap menampilkan prestasi membanggakan apabila muncul pemecut ketiga terbaik Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019. Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu berjaya menaiki podium selepas berada di belakang pemenang, Travis McCabe dari pasukan Floyd’s dan Matteo Pelucchi (Androni Giocattoli-Sidermec). “Saya minta maaf kerana mengecewakan peminat lumba basikal di Malaysia tetapi inilah pencapaian…










