KUALA LUMPUR 3 April – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan pada 5 April ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.
MBPJ
MBPJ dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program itu merupakan komitmen pihaknya dalam menyediakan landasan kepada orang ramai khususnya penduduk Petaling Jaya untuk bertemu dengan pihak pengurusan majlis bagi menyalurkan aduan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Orang ramai boleh hadir ke Hari Bertemu Pelanggan di Tingkat 1, Ibu Pejabat MBPJ, Jalan Yong Shook Lin Seksyen 52, Petaling Jaya Selangor pada Jumaat ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE











