KOTA BHARU 5 April – Benih padi haram dikatakan menjadi pilihan segelintir penanam padi di negeri ini kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding benih padi sah. Rata-rata petani mendakwa, harga benih padi haram adalah hampir separuh daripada harga benih padi sah sedangkan kualiti kedua-dua jenis benih terbabit adalah sama. Malah mereka mendakwa, hasil pengeluaran benih padi haram yang diperoleh juga tidak jauh berbeza dengan hasil pengeluaran benih padi sah.…










