Hamil enam bulan, Anzalna suka pakai bulu mata palsu - Utusan Malaysia

Hamil enam bulan, Anzalna suka pakai bulu mata palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan dia memiliki tabiat pelik sejak hamil iaitu suka berdandan.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir yang kini hamil enam bulan berkata, dia suka memakai bulu mata palsu dan kanta lekap terutama ketika keluar rumah. 

“Sebelum hamil, saya tidak suka memakai bulu mata palsu dan kanta lekap. Bagaimanapun, sekarang dia (bayi dalam kandungan) minta lebih-lebih. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi saya tidaklah pakai di dalam rumah. Kalau ada majlis di luar, baru saya pakai,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online pada sidang akhbar pelantikan Anzalna sebagai duta produk kesihatan NR. 

Dalam pada itu, ditanya tentang jantina bayi yang dijangka bersalin pada bulan Jun depan, Anzalna enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut.

“Kami sudah mengetahui jantina bayi, namun saya dan suami sepakat tidak mahu mendedahkan sehinggalah hampir bersalin nanti. Buat masa sekarang, saya dan suami sahaja yang tahu. Keluarga pun tidak tahu.

“Saya sendiri tidak kisah bayi lelaki atau perempuan asalkan dia lahir dalam keadaan sihat walafiat. Saya juga akan mengadakan majlis doa selamat untuk mendedahkan jantina bayi kelak,” ujar pelakon drama Memori Cinta Suraya itu.

Terdahulu, Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini