KUALA LUMPUR 15 April – Selepas mengharungi tiga perlumbaan, aksi penunggang MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah masih tidak meyakinkan apabila menamatkan Grand Prix Americas pada kedudukan ke-18, awal pagi tadi. Secara teknikalnya, pelumba pasukan Red Bull KTM Tech3 itu menghuni tangga tercorot dalam perlumbaan di Austin, Texas kerana empat pelumba di bawahnya tidak menamatkan saingan. Hafizh mengakui kecewa dengan prestasinya terutama selepas membuat kesilapan dalam pemilihan tayar. “Sejujurnya saya agak…










