KUALA LUMPUR 25 April – Selebriti tempatan antaranya Hafiz Hamidon, Lah Ahmad, Akhil Hayy dan Fitri Haris bakal memeriahkan acara KL Rhythm Nitez: Nur Ramadan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana di sini, Sabtu ini.
ORANG ramai dijemput hadir untuk melihat secara dekat persembahan oleh selebriti tempatan dan kumpulan nasyid popular seperti UNIC dan Mirwana. – UTUSAN ONLINE
Program anjuran Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu akan bermula pada pukul 8.45 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Orang ramai dijemput hadir untuk melihat secara dekat persembahan selebriti kesayangan mereka termasuk kumpulan nasyid popular seperti UNIC dan Mirwana.
“Masuk adalah percuma dan orang ramai hanya perlu mengesahkan kehadiran mereka di klrn.wasap.my.,” menurut DBKL dalam satu kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE











