KUALA LUMPUR – Guru perlu tampil membuat laporan kepada pihak-pihak berkaitan sekiranya mendapati murid mereka menjadi mangsa dera di rumah, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh. Katanya, ini kerana kanak-kanak menghabiskan kebanyakan masa mereka di sekolah dan guru-guru berperanan untuk mengenal pasti kes penderaan menerusi penelitian tingkah laku mereka. “Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menangani kes penderaan kanak-kanak terutamanya di rumah (kerana) biasanya kanak-kanak sendiri tidak…










