Guna teknologi tingkat khidmat awam - Jokowi - Utusan Malaysia

Guna teknologi tingkat khidmat awam – Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 31 Mac – Kerajaan Indonesia perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk mening­katkan perkhidmatan awam selaras dengan perkembangan global yang kini memasuki dunia digital.

Portal Antaranews melaporkan, calon Presiden Indonesia nombor satu, Joko Widodo atau Jokowi berkata, kerajaan juga perlu me­ngurangkan karenah birokrasi dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Pembaharuan dalam per­khidmatan awam perlu dengan menggunakan maklumat dan teknologi elektronik seperti e-kerajaan, e-perolehan dan e-belanjawan untuk menyediakan (diri kita) untuk memasuki era digital,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian semasa debat calon Presiden pusingan keempat di Hotel Shangri-La, semalam.

Semasa pentadbirannya, Jokowi telah membubarkan 23 institusi dengan tujuan menjadikan kerajaan lebih cepat dan pantas dalam membuat keputusan berkaitan dasar.

Menurut Jokowi, menambah baik keupayaan penjawat awam juga adalah satu lagi tugas yang perlu dilaksanakan untuk tadbir urus yang lebih baik.

Dalam debat pusingan keempat itu, tadbir urus antara topik yang dibahaskan Jokowi dan pencabarnya, Prabowo Subianto selain ideologi, hubungan antarabangsa serta pertahanan dan keselamatan.

Indonesia akan mengadakan pilihan raya Presiden dan pilihan raya legislatif serentak di seluruh negara pada 17 April ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini