KUALA LUMPUR 1 April – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis yang menembak serta membedil rakyat Palestin dalam demonstrasi ‘Great March of Return’ pada Sabtu lalu sehingga meragut empat nyawa rakyat itu dan lebih 300 tercedera. Kementerian Luar dalam satu kenyataan turut menyatakan pendirian bahawa keganasan berterusan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima sama sekali. “Tindakan Israel yang langsung tidak menghiraukan laporan…










