KINSHASA 22 April – Gambar swafoto seorang renjer hutan menjadi tular apabila dua ekor gorila turut serta ‘bergambar’. BBC melaporkan, gambar tersebut dirakam di pusat perlindungan gorila di Taman Negara Virunga, di mana haiwan berkenaan akan dipelihara sehingga besar selepas pemburu haram membunuh kumpulan induk. Timbalan Pengarah Virunga, Innocent Mburanumwe berkata, gorila sering mengikut atau meniru perbuatan penjaganya kerana sering menganggap mereka sebagai induk. – AGENSI










