MELAKA 30 April – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menambah jumlah peruntukan Geran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sehingga RM100 juta berbanding peruntukan sedia ada pada tahun ini iaitu sebanyak RM50 juta, kata Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun. Beliau berkata penambahan peruntukan itu bagaimanapun akan melihat kepada jumlah permohonan yang diterima daripada 15,441 MPKK di seluruh negara dan penilaian semula bajet KPLB pada pertengahan tahun ini. Katanya usaha…










