KUALA LUMPUR 3 April – Anak syarikat tidak langsung Genting Berhad, Resorts World Las Vegas LLC (RWLV) dan RWLV Capital Inc. menetapkan harga bagi nota senior AS$1 bilion (RM4.08 bilion) pada kadar agregat prinsipal 4.625 peratus yang akan matang pada 2029. Genting dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, penerbitan nota itu bagi membiayai sebahagian daripada pembangunan kasino dan hotel bersepadu, Resorts World Las Vegas di Nevada, Amerika Syarikat (AS). Menurutnya,…










