TAIPING 24 April – Kegiatan mencuri kenderaan mewah menggunakan alat khas dipanggil jammer yang melibatkan beberapa buah negeri berjaya dilumpuhkan selepas polis menahan dua individu dipercayai anggota Geng Ah Hui Gurun pada Ahad lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 5.45 petang di hadapan sebuah hotel di Sik, Kedah. Katanya,…










