KUALA LUMPUR 13 April – Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Ryukyu, Jepun, kira-kira 3.14 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 71 kilometer itu dilaporkan di 163 kilometer timur dari Naha, Jepun. Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. – BERNAMA










