KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi bermagnitud 6.8 pada skala Richter menggegarkan Sulawesi, Indonesia pada pukul 7.40 malam ini. Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata, pusat gempa berada 223 kilometer (km) di utara Kendari, di selatan Sulawesi. Bagaimanapun, gempa dengan kedalaman 10 km itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama









