Galaxy M20 beli di pasar maya - Utusan Malaysia

Galaxy M20 beli di pasar maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Jenama telefon pintar terkenal, Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan kerjasama bersama Shopee dalam memperkenalkan peranti terbaharunya, Galaxy M20 secara dalam talian.

Menariknya, Samsung membuat kelainan dengan melancarkan peranti berkenaan secara ekslusif di Shopee sempena Samsung’s Super Brand pada 20 Mac lalu.

Sedar dengan kemahuan pengguna ketika ini yang memerlukan penggunaan telefon bimbit yang berpanjangan seharian, jenama itu menawarkan bateri berkuasa sehingga 5,000mAh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia turut disokong dengan pengecasan Type-C yang menjamin kelajuan tiga kali ganda berbanding pengecasan biasa.

Selain itu, ciri pengurusan kuasa pada peranti ini pula mempunyai sistem teknologi pelbagai lapisan untuk memberikan kelebihan penggunaan kuasa yang lebih rendah.

Tidak cukup dengan itu, Shopee turut menawarkan 1, 000 pelanggan pertama akan menerima percuma Logitech X50 + JBL T450 yang bernilai RM227 sementara 2,000 pelanggan seterusnya akan mendapat percuma Logitech X50 yang bernilai RM98.

Galaxy M20 dijual pada harga RM799 dengan dua pilihan warna iaitu warna arang dan biru laut. – INTAN SUHANA CHE OMAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini