LONDON 3 April – Fulham tersingkir dalam aksi Liga Perdana Inggeris biarpun masih berbaki lima perlawanan selepas tewas 4-1 kepada Watford, hari ini yang menyaksikan kelab berkenaan hanya mampu mengumpul 17 mata selepas 33 perlawanan berlangsung. Jumlah mata yang dikumpul oleh Fulham itu terlalu mustahil untuk keluar dari zon penyingkiran biarpun memenangi kesemua lima perlawanan selepas ini. Fulham yang berada di tangga ke-19 ketinggalan 16 mata daripada pasukan tangga 17 iaitu Burnley yang telah mengumpul 33 mata selepas 32 perlawanan. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya