KUALA LUMPUR 12 April – Syarikat penerbangan premium jarak dekat Malaysia, Firefly, akan menyambung semula penerbangannya ke Singapura mulai 21 April. Dalam kenyataan hari ini, FlyFirefly Sdn. Bhd. berkata, penerbangan antara Subang dan Lapangan Terbang Seletar itu akan mempunyai jadual dua kali sehari dari 22-28 April, diikuti enam penerbangan sehari selepas itu. “Jadual tersebut mengambil kira langkah-langkah keselamatan yang ketat dan mematuhi keperluan teknikal ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam…









