FGV kurangkan 6,000 kakitangan - Utusan Malaysia

FGV kurangkan 6,000 kakitangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – FGV Holdings Bhd. dijangka mengurangkan 30 peratus tenaga kerja pengurusannya dalam tempoh tiga tahun dalam usaha syarikat perladangan itu mengurangkan kos serta mengoptimumkan aset sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat.

Menurut laporan sebuah portal berita yang memetik sumber, FGV dilaporkan akan mengurangkan sehingga 6,000 kakitangan sebagai sebahagian rancangan pemulihan selepas ia merekodkan kerugian RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Kerugian itu merupakan yang terburuk dicatatkan FGV sejak disenaraikan pada 2012, berikutan rosot nilai besar dan harga minyak sawit mentah (MSM) yang rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber berkata, pemberhentian itu dijangka membabitkan sebahagian 20,000 kakitangan di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur serta beberapa pejabat serantau.

Menurutnya, proses pemberhentian sedang dijalankan dengan seramai 667 kakitangan menerima Skim Pemisahan Mandatori FGV pada 2018. Skim itu membabitkan bayaran berjumlah RM72 juta dan penjimatan tahunan RM25 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini