Sambutan memberangsangkan pengunjung program Jelebu 2 Wheels Festival 2019 (J2WF) membuktikan acara itu mendapat tempat di hati masyarakat. Ini dapat dilihat dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung di Dataran Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6 dan 7 April yang lalu. Festival dua hari yang dianjurkan Majlis Daerah Jelebu dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dimulakan dengan acara Fun Ride 25 kilometer melibatkan 150 peserta dari dalam dan luar Negeri Sembilan.…










