Felda United dan Melaka United terikat 1-1 - Utusan Malaysia

Felda United dan Melaka United terikat 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Felda United berkongsi satu mata dengan Melaka United selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada 15 minit pertama namun tidak ada sebarang gol berjaya dihasilkan.

Pelawat bagaimanapun mengejutkan tuan rumah apabila Patrick Reichelt meledakkan gol pertama pada minit ke-14.

Memuatkan artikel berkaitan…

Darko Markovic hampir meletakkan pelawat selesa di hadapan pada minit ke-27 namun rembatannya singgah di palang gol tuan rumah.

Penyerang tuan rumah, S. Chanturu gagal memanfaatkan peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-39 apabila tendangannya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol pelawat.

Bersambung babak kedua, Felda United menggandakan asakan namun nasib belum menyebelahi mereka apabila tandukan Abdul Azim Rahim pada minit ke-56 ditepis keluar oleh penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat. 

Tindakan pemain pertahanan pelawat mengasari Chanturu membawa padah apabila tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-61 dan Kei Ikeda dengan mudah menewaskan Khairul Fahmi untuk menyamakan kedudukan 1-1.

Melaka United berpeluang menambah jaringan pada minit ke-86 namun aksi mantap penjaga gol tuan rumah, Norazlan Razali berjaya menepis keluar tandukan padu daripada Reichelt. 

Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat perlawanan dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan berkongsi satu mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini