MIAMI 1 April – Roger Federer merangkul gelaran ke-101 dalam kariernya awal hari ini selepas menjuarai Terbuka Miami dengan menundukkan juara bertahan, John Isner dari Amerika Syarikat (AS) 6-1, 6-4 di final.
Kejayaan terbaharu pemain veteran dari Switzerland itu diakuinya dapat meningkat keyakinan sebagai persiapan menghadapi musim pertandingan gelanggang tanah liat selepas ini.
Sebagai rekod, Federer, 37, sudah dua tahun tidak menyertai musim gelanggang tanah liat tetapi tahun ini mahu kembali dengan Terbuka Perancis dijangka menjadi kemuncak sasarannya.
“Saya terpaksa bermula dari bawah semula untuk kembali ke gelanggang tanah liat. Tidak banyak aksi saya di atas gelanggang itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jadi saya tidak tahu apa yang boleh saya jangkakan,” kata Federer. – AFP











