ALOR SETAR 13 April – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyarankan 20 persatuan bola sepak negeri meningkatkan penganjuran liga bola sepak di peringkat akar umbi bagi mencungkil ramai bakat baharu untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa hadapan. Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, usaha sebegitu perlu digerakkan secepat mungkin kerana Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pemain kebangsaan baharu yang berkaliber dan menyerlah yang hanya dapat dikenal pasti menerusi pencarian bakat…










