KUALA LUMPUR – Jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram sekali lagi dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing hari ini. Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lalu ialah gangguan teknikal sehingga para pengguna tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar. Dalam pada itu, aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas lewat petang tadi ekoran pengguna mengalami masalah untuk menghantar teks, foto dan video. Sebagai rekod, Kosmo!…










