Exco serah MB Johor tentukan kedudukan - Utusan Malaysia

Exco serah MB Johor tentukan kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi Johor, Tan Hong Pin hari ini mengesahkan bahawa satu perbincangan telah diadakan baru-baru ini mengenai kedudukannya sebagai exco.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keputusan muktamad akan ditentukan oleh kedua-dua parti dan Menteri Besar Johor, Dr. Sahruddin Jamal.

“Walaupun ketua DAP negeri (Liew Chin Tong) telah berbincang dengan saya mengenai kedudukan saya tetapi ia bukan satu keputusan yang muktamad. Ia akan ditentukan oleh kedua-dua parti dan MB kerana ia hak mutlak MB untuk memilih pasukan exco beliau,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hong Pin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Skudai berkata, Liew telah membincangkan isu berkenaan dengannya pada Isnin lepas iaitu sehari selepas Menteri Besar Johor yang baharu mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ke-17 di Istana Bukit Serene.

“Saya menggesa semua pihak supaya menunggu pengumuman rasmi daripada MB. Selagi belum ada pengumuman rasmi, saya akan terus menjalankan tugas-tugas saya sebaik mungkin,” tambah beliau. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini