KUALA LUMPUR 15 April – Etika Holdings (Etika) bakal muncul entiti utama industri pemprosesan susu segar di negara ini selepas menjalin kerjasama dengan Koperasi Penternak Lembu Tenusu Negeri Johor Bhd. (KPLTNJB). Etika berkata, pihaknya menyediakan insentif bernilai RM444,000 kepada KPLTNJB bagi program pembangunan penternak untuk meningkatkan kapasiti koperasi berkenaan. Katanya, pihak Etika juga akan menyediakan tangki penyejukan susu yang lebih besar bagi membantu penternak meningkatkan jumlah pengeluaran tenusu ternakan. “Etika…










