ANFIELD 15 April – Kurang setengah jam selepas Manchester City membenam Crystal Palace 3-1, Liverpool menunjukkan tindak balas sempurna apabila menundukkan Chelsea 2-0 untuk kembali merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, hari ini. Meskipun City mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan, namun kemenangan ke atas Blues di Anfield memberi petanda positif buat Reds kerana Chelsea dianggap lawan paling sukar menuju ke penghujung saingan. Liverpool yang mengatasi City dengan kelebihan dua…










