KUALA LUMPUR – Empat pegawai dan anggota polis disiasat berhubung perbuatan memeras ugut seorang lelaki di Taman Connaught, Cheras baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Rabu lalu mendakwa ditahan oleh dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai polis. “Dalam kejadian pukul 4 petang Selasa lalu, dua anggota polis tersebut yang melakukan pemeriksaan mendakwa menemui dadah di dalam kereta…










